SEJARAH RINGKAS

Peringkat awal perbincangan untuk memohon kepada pihak kerajaan supaya membina sebuah masjid yang lengkap, ialah seawal tahun 1978 bertempat di bangunan Madrasah Muhammadiah berhadapan Blok 10 Flat Sri Pinang, yang telah dibenarkan bagi mendirikan sembahyang jumaat, bermula minggu akhir bulan Ogos tahun 1975.

Empat tahun berikutnya pada tahun 1981 satu perjumpaan dihadiri oleh wakil-wakil Madrasah dan surau-surau, dikawasan ini dan sekelilingnya termasuk Cheras baru, Kampong Konggo (sekarang Bandar Tun Razak) dan lain-lain, telah diadakan bertempat Di Dewan Sekolah Alam Shah Cheras.

Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ketika itu, Tuan Haji Mohammad Isa bin Yasin, telah mencapai keputusan sebulat suara, memohon kerajaan membina sebuah masjid di Kawasan Perumahan Awam KM 6, Jalan Cheras, dahulu disebut (kawasan Rumah Pangsa Baru 31/2 Jalan Cheras) dengan kadar segera.

Tujuan ialah untuk memberi kemudahan serta keselesaan tempat untuk beribadah kepada penduduk Islam di kawasan tersebut dan sekitarnya, di mana ketika itu telah didiami oleh kira-kira 24,000 penduduk Islam dan terus bertambah dari masa ke masa.

Masjid Az-Zubail Ibnul Awwam, sebelum perasmiannya dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Iskandar Ibni Al-Marhun Sultan Ismail iaitu Yang Dipertuan Agong ketika itu. Ketika itu, masjid ini dikenali sebagai Masjid biru kerana puncak Menara dan Qubah yang berwarna biru.

Pembinaannya telah dimulakan pada 22 April 1985 dan telah siap sepenuhnya pada 24 Mac 1996. Projek masjid yang menelan belanja sebanyak RM2,089,883.26 itu telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuaan.

Sementara ahli-ahli Jawatankuasa Pembinaan pada ketika itu, dengan bantuan orang ramai terdiri dari berbagai kalangan dan peringkat, berjaya mengumpul derma sebanyak RM58,063.00 bagi melengkapkan masjid ini dengan alat penbesar suara, permaidani sembahyang, kerusi meja untuk Dewan Syarahan dan pelbagai keperluan yang dirasakan perlu.

Terletak ditengah-tengah kompleks perumahan dahulunya bekas lombong bijih seluas 31/2 ekar itu, masjid ini mampu menampung seramai 2500 jemaah. Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan Dewan Syarahan, Dewan Serbaguna, Bilik Kaunseling, Bilik Urusan Jenazah, dua bilik Kelas Tadika, Bilik Pejabat Pentadbiran, Bilik Imam dan Bilal serta Rumah Kakitangan.

Sejajar dengan Era Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), pihak masjid telah bercadang untuk menubuhkan sebuah perpustakaan untuk kegunaan orang ramai. Masjib Az-Zubair Ibnul Awwam juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi pusat penyebaran maklumat kepada orang ramai. Memandangkan di kawasan perumahan itu tidak mempunyai perpustakaan awam tersendiri, maka perpustakaan masjid ini amat sesuai dijadikan tempat rujukan bagi penduduk setempat.

Diharapkan agar Perpustakaan Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam ini akan menjadi salah sebuah perpustakaan masjid yang termasyur seiringan dengan perpustakaan masjid di dalam dan di luar negara.


Back Next


MUKA DEPAN | PENGENALAN | SEJARAH RINGKAS | PERPUSTAKAAN | MISI PERPUSTAKAAN | OBJEKTIF PERPUSTAKAAN | SASARAN PENGGUNA | WAKTU PERKHIDMATAN | KOLEKSI | PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN | SISTEM PENGKELASAN | CARA PENGGUNAAN | Psend kept free because of these great sponsors.a..

Other Sponsors

electrical connectors, Mangosteen Juice, real estate short sale, Jupiter FL real estate,

Furniture Markdown

Great Deals on furniture - Free Shipping!
Discount Furniture
Daybeds
Metal Beds
Platform Beds
Futons

Y-Net Wireless Internet

Denver area high speed wireless privider.
Colorado High Speed Internet, Wireless Internet Denver, VOIP Denver CO, T1 provider Denver, Denver Wireless ISP , Denver Internet Access,

Dog House Technologies

Doghouse Techonologies is located in Tampa Bay FL and offer professional web design, ecommerce development and custom application design for the internet.
Tampa Bay Web Design, E-Commerce Web Design, Tampa Bay Search Engine Marketing, Tampa Web Hosting, Florida Web Design, Custom Application Development, Search Engine Optimization,

hosting.asp">Tampa Web Hosting and Florida Web Design This site hosted curtosy of Psend.com's Free Web Hosting. Psend is a division of Telos Online, Inc. Psend kept free because of these great sponsors.a..

Other Sponsors

electrical connectors, Mangosteen Juice, real estate short sale, Jupiter FL real estate,

Furniture Markdown

Great Deals on furniture - Free Shipping!
Discount Furniture
Daybeds
Metal Beds
Platform Beds
Futons

Y-Net Wireless Internet

Denver area high speed wireless privider.
Colorado High Speed Internet, Wireless Internet Denver, VOIP Denver CO, T1 provider Denver, Denver Wireless ISP , Denver Internet Access,

Dog House Technologies

Doghouse Techonologies is located in Tampa Bay FL and offer professional web design, ecommerce development and custom application design for the internet.
Tampa Bay Web Design, E-Commerce Web Design, Tampa Bay Search Engine Marketing, Tampa Web Hosting, Florida Web Design, Custom Application Development, Search Engine Optimization,